Engkau Berubah... Mimpilah!

Semua nampak baik. Semua nampak terkawal, tersusun dan tak ada masalah. Kadang-kadang kau bercerita, kadang-kadang kau luahkan. kadang-kadang kau berkongsi ilmu. Dan ada juga kau sampaikan nasihat. Pelbagai. Aku sentiasa gembira terima sebarang beritaa dari kau.

Bukan.

Aku bersyukur.

Sehingga baru-baru ni kau nampak lebih terbuka. Aku pulak makin selesa.

Tapi selepas malam ni nampaknya semua yang berlaku selama tempoh sebulan ni bukan yang tentu akan kekal.

Sama je rupanya. Aku masih lagi manusia yang kau berani keluarkan nada marah. Straight to the point. Padu.

Mungkin. Dan kali ni aku lebih pasti. Mungkin dengan aku kau takkan berubah. Mungkin aku yang kena ubah. Ubah keyakinan aku bahawa situasi janggal ini akan berubah.

Hmmmpphh! Pui.

Gaza, Aku Adalah Sebahagian Kamu

Dalam pada umat Islam seluruh dunia menyambut dan mengimarahkan Ramadhan, nun di sebelah sana, Gaza namanya, Palestin negaranya, tak setenang di tempat lain.

Pada ketika penduduk Gaza turut sama seperti kita berpuasa, mereka ada ujian lain yang menimpa. Dizalimi zionis durjana. Dibunuh dimana-mana. Ditindas bila-bila masa. Itu Gaza. Di Palestin.

Sampai saat aku menulis ini pun mereka masih diserang. Syawal ini, umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa tapi Gaza masih terus berjuang mempertahankan bumi Palestin. Perjuangan yang dibayar dengan nyawa dan darah. Dengan kehancuran tubuh badan. Dengan kecacatan anggota. Mati syahid. Sungguh mahal perjuangan mereka. Selayaknya syurga Allah buat mereka.

Israel laknatullah. Post ini sudah tentu tak kau baca. Sudah tentu tak berimplikasi apa-apa. Tapi aku ada doa buat kalian. Semoga jahanam dibalas Tuhan. Semoga hancur ditempur pejuang-pejuang Allah disana. Doa ini bukan dari bibir aku saja. Tapi dari insan sekeliling dunia. Percayalah. Doa ini tak pernah putus dan pastinya Allah Maha Mendengar. Zionis kau tunggu saja saat kehancuran kau yang kami doakan.

Bukan di Gaza semata-mata. Dimana-mana umat Islam dizalimi dan ditindas pun aku kirimkan doa yang sama. Syria. Myanmar. Mesir. Mana-manapun. Doaku semoga saudara-saudaraku dilindungi Allah.

Beza bagai langit dengan bumi keamanan kita kecap dengan kekacauan di negara mereka. Masih lagi aku mengeluh. Merungut. Kurang bersyukur. Astaghfirullah.

Mari bertekad. Untuk gunakan apa saja kelebihan kita ada untuk bantu mereka yang memerlukan. Bila tangan menadah, doakan mereka. Bila tabung dibuka, dermakan buat mereka. Sehabis baik, itulah yang paling kita mampu buat secara istiqamah, insyaAllah.

Ramadhan 2014 Di Mataku

Terlalu banyak peristiwa terjadi masa Ramadhan tahun ni. Banyak dan mungkin ada yang aku ingat-ingat lupa.

Tapi mudah untuk aku simpulkan yang hati keras aku ni begitu tertaut pada bulan mulia ni bagi edisi kali ini. Sungguh. Sejak aku mula kenal Ramadhan. Aku tahu Ramadhan itu bulan Allah. Aku tau Ramadhan itu bulan mulia. Aku tau Ramadhan itu bulan pesta ibadah. Aku tau Ramadhan itu bulan pahala dilipatgandakan. Subhanallah.

Tapi selama ni semua itu cuma dalam pengetahuan. Secara zahir, aku hanya menahan lapar dahaga dari Subuh sampai Maghrib. Baca al-Quran sikit. Itu je kot.

Masuk asrama, baru belajar berterawih. Aktiviti tadarus diperbaiki dan dimantapkan.

Keluar asrama, aku kembali meliang liuk macam lalang. Ya tidak ya tidak ikut dan je.

Sehinggalah tiba Ramadhan tahun ni. Allah Maha Besar. Hati ini rapuh sekali. Bergetar sekali. Terlalu teruja menyambut Ramadhan walaupun asalnya tak terlalu ternanti-nanti. Entah dari mana (pastinya dari keizinan Allah), tidak aku berkira-kira kudrat untuk beramal. Kepala selalu terngiang - "pahala amalan 70 sampai 700 kali ganda woi. Hanya sebulan ni woi."

Allah temukan kita dengan setiap insan lain pasti ada tujuan dan sebabnya. Maka aku dipertemukan dengan rakan-rakan yang besar cintanya pada Ramadhan. Kawan-kawan inilah yang menguatkan lagi iltizam aku untuk meraikan Ramadhan sepenuh jiwa. Allahu. Terima kasih ya Rabb.

Dan yang terpaling tidak aku duga. Perasaan terpaling berharga. Keresahan aku untuk berpisah dengan Ramadhan. Penat memasak sehari sebelum raya bukan masalah bagi aku. Sikitpun tak terkesan. Bukan punca hati aku tak mampu bertenang. Bila solat Maghrib, air mata bercucuran tak henti. Saat itu aku sedar, ketenangan dan keterujaan menyambut Syawal aku tertunda dek kerana berlalunya Ramadhan. Perasaan itu MasyaAllah. Subhanallah.

Maka aku berdoa, semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan seterusnya, dengan semangat sehebat ini, malah lebih hebat lagi. Mengharapkan istiqamah seumpama ini tidak hilang pada tempoh setahun lagi. Semoga Allah mengizinkan.

Aku Kancil Tersepit

Gajah sama gajah bergaduh, kancil tersepit di tengah.

Familiar much?

Orang lain bermasam muka dengan orang lain, bergaduh dengan orang lain, aku terkena effectnya.

Walhal, dua-dua kawan yang aku sayang. Serba salah. Ada laa sekali dua aku tersepit macam ni. Sedih sungguh. Tak tau macam mana nak neutralize kan perbualan bila sorang tu mula buka topik pasal si polan yang tak ngam dengan dia, tapi baik dengan aku.

Stressful and painful.

People Always Talk Behind Our Back

It's normal meh. Orang sembang kencang belakang kita. Yang bezanya isi perbincangan tu positif atau negatif je. Kalau positif namanya memuji kalau negatif namanya mengumpat. Orang pernah cakap, kalau ada orang bercakap buruk tentang orang lain depan kita, tak mustahil dia akan cakap buruk tentang kita depan orang lain. Itu memang "equation" yang valid.

Nak kata aku ada experience tu, takdela experience yang solid sangat. Cuma mestilah aku mengaku aku pernah bersembang perihal si polan si polan dengan orang lain di belakang si polan si polan tu. Mostly gelincir jadi sesi mengumpat.

Aku pernah dengar program 'Tanyalah Ustaz' tajuk mulut laser. Dari apa yang dia sampaikan, aku dapat simpulkan yang definisi mudah mengumpat adalah apabila kita bercerita tentang si polan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang, rasa marah si polan tersebut. Sesuatu yang tak disukai oleh si polan tersebut untuk dibincangkan oleh orang lain di belakangnya. Itu mengumpat.

Kalau ikut definisi tu, yup ternyata bertingkat-tingkat dosa mengumpat aku. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Entahlah. Tricky sebenarnya nak jaga mulut ni. Cakap benda-benda elok, makan benda-benda elok mungkin tak susah. Yang susahnya bila nak elak diri dari bercakap buruk. Iman kena kuat.

Mudah-mudahan bila kita tengah berbuat perkara buruk, Tuhan cepat ingatkan. Mudah-mudahan. Dan mudah-mudahan juga kita cepat istighfar dan sekat diri dari terus buat perkara buruk itu. Dan cuba sehabis baik untuk tak mengulanginya.

Anyways, while people were talking bad behind our back, why don't we in another way around forgive them for doing so.

Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Lain Kepala Lain Hati

Kita hidup beramai-ramai bukan sorang-sorang. Ragam manusia berbagai-bagai bukan satu jenis je. Maka tak hairan lah kalau pada kita adalah Ya, pada orang lain adalah Tidak. Pada kita adalah Betul, pada orang lain adalah Salah. Itu normal bro. Kau tau, aku pun tau.

Yang jadi tunjang kita boleh hidup beramai-ramai ni bila kita gagahkan diri untuk hormat pendirian orang lain. Tapi kenalah berhemah. Dan berhikmah lagi bijaksana. Hormat tu harga dia mahal. Bila kita boleh bagi, boleh hormat, kita dah termasuk dalam golongan orang hebat. Sebab untuk menghormati orang lain memerlukan proses penipisan ego yang canggih. See, ego manusia memang terlibat dalam setiap inci kehidupan manusia itu sendiri.

So, aku nak cakaplah, tak semestinya benda yang kita suka orang suka jugak. Vice versa. Dalam hidup aku, banyak kesilapan aku berpunca dari kata-kata. Aku suka melawak. Hidup aku murung tanpa usik-mengusik, gelak tawa, jenaka jenaka, canda ria. Sumpah aku tak boleh hidup sehari tanpa senyum. Tapi kadang-kadang kat situlah kelemahan aku. Atas dasar aku bergurau, aku selalu fikir everyone else is okay with that. They surely will understand. It is just a joke, by the way.

Hell, I am wrong!

Ada orang benda hambar pun dia gelakkan macam nak putus urat kentut. Ada orang sikit punya kelakar storyline aku, pun muka dia still ketat tak gelak-gelak. Rupanya, aku silap tanggap. Tanggapan selagi kelakar selagi tu it's okay untuk aku buat bahan. Terima kasih untuk seseorang yang bagi hit back kat aku. "Penampar" yang selayaknya aku terima. Dia tegur. Aku sedar. Aku improve. Kenapa? Sebab aku hormat pendirian dia, gurauan yang aku buat tentang dia, dia tak boleh terima. I respect that. Lebih menakjubkan bukan pada dia je aku cuba ubah the way I'm joking. Dengan semua orang pun. Aku lebih berhati-hati. Jangan sampai melampau jangan sampai terguris hati.

See, hikmah respect. Hikmah turunkan ego. Hikmah sayangkan silaturrahim. Hikmah tu hadiah Tuhan. Tak boleh nampak dengan mata kasar. Tapi terang bila tengok dengan mata hati. Kalau boleh nampak tu, alhamdulillah. Insyallah hati kita masih Allah jaga. Kita pun kena sama-sama jaga.

Seronok!

Maaf! Memang Aku Yang Bersalah

Manusia ni egonya tebal. Tapi tak susah untuk trim ego tu kalau hati kental. Aku ni manusia, jadi asalnya ego aku sama tebal dengan manusia-manusia lain.

Cuma aku lambat belajar untuk kentalkan hati melawan serakah hati yang taknak mengaku silap aku sendiri. Dulu aku ego kaw kaw punya. Tu pasal lama-lama aku mudah panas baran. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak mengamuk. Asyik-asyik nak menengking.

Tapi Tuhan tunjuk. Masa Tuhan tahu aku dah bersedia, dia tunjuk. Ego tebal ni memang tak boleh bawak kemana. Menyusahkan diri sendiri. Merugikan masa.

Aku belajar. Merendahkan hati. Terima salah sendiri. Muhasabah diri. Bila bercakap dengan orang lepas tu nampak tak sehaluan, aku berdikit-dikit menarik diri. Bukan lari. Orang kata api jangan dilawan api. Ego aku masih ada. Kalau benda aku tak salah orang nak hentam jugak, kejadah kan? Tapi aku belajar, biarlah siapa yang salah pun. Jadilah yang pertama dan terdahulu untuk meminta maaf. Ikhlaskan diri untuk rendahkan hati. Daripada bermasam muka entah apa-apa.

Takpe hati menangis sekejap je. Tuhan ada untuk aku mengadu. Tuhan tu penawar instant untuk hati dan jiwa aku. Sebab 24/7 dia ada bersama-sama. Dia ada. Allah ada. Itu aku yakin. Dulu aku renggang dengan Tuhan. Aku sunyi sorang-sorang. Bila marah, aku luah membuta tuli.

Sekarang sel-sel otak dah berhubung. Akal dengan rohani kena bersambung. Syukur aku tak hanyut lama sampai tua. Jadi bila ada isu, terasa ada ruang-ruang untuk keadaan menjadi dingin antara aku dengan sesiapa pun, aku cuba kuat-kuat untuk mengalah. Dan meminta maaf.

Kerana meminta maaf bukan tanda aku kalah, salah. Minta maaf tanda aku sayang. Aku taknak aku dengan si polan si polan bermasam muka kerana benda remeh temeh hal dunia. Tuhan pun tak suka.

Maafkan aku andai ada yang terguris dihatimu. Kadang ku sedar. Kadang tidak. Kadang ku mohon maaf. Kadang tidak. Maafkan aku. Diri aku ni pada hakikatnya penuh kasih sayang. Susah nak jumpa perasaan benci. Cuma kadang-kadang tak tertunjuk. Maafkan aku. I'll improve.

Tentang Pertama

Yang pertama tentang aku bila melibatkan manusia yang asalnya asing dalam hidup aku, aku mudah mengasihi. Rasa suka lebih banyak dari benci. Memuji lebih banyak dari mencaci. Memanglah secara kasarnya tak ada yang tak elok pun dengan benda ni.

Tapi masalahnya, aku mudah berlebihan menyayangi. Lagi-lagi bila aku rasa manusia boleh terima aku sebagai seorang kawan. Bukan sekali dua jadi. Aku over caring dekat sekian sekian insan. Banyak kali dah. Yang terakhir masa belajar degree. Ingatkan habis dah perangai aku yang macam ni. Bila sambung belajar, jadi balik. Sejuta kali dah aku keluh. Kenapa kenapa. Kenapa tak boleh aku watlek wat cool saje. Kenapa mesti nak ambil berat sungguh-sungguh dekat sekian sekian insan ni. Kenapa risau lebih bila dia ada masalah. Kenapa sedih lebih bila dia jauh. Hanya Tuhan ada jawapan.


Bermula Dengan Kata Kosong

Kalau nak diikutkan, ini blog peribadi aku yang ketiga. Yang pertama dgn kedua dah delete. Tak mampu nak jaga dan bercerita dengan identiti terbuka. Tapi bila sampai masa nak bercerita, nah baru rasa payahnya sebab takde tempat nak berbicara. Menulis pun kadang-kadang je rajinnya.

Motif yang baru ni, biarlah aku cerita. Tanpa ada yang tau aku siapa. Aku cuma nak cerita. Menaip. Tuliskan. Dan kongsikan. Dalam rahsia. Okbai.