Maaf! Memang Aku Yang Bersalah

Manusia ni egonya tebal. Tapi tak susah untuk trim ego tu kalau hati kental. Aku ni manusia, jadi asalnya ego aku sama tebal dengan manusia-manusia lain.

Cuma aku lambat belajar untuk kentalkan hati melawan serakah hati yang taknak mengaku silap aku sendiri. Dulu aku ego kaw kaw punya. Tu pasal lama-lama aku mudah panas baran. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak mengamuk. Asyik-asyik nak menengking.

Tapi Tuhan tunjuk. Masa Tuhan tahu aku dah bersedia, dia tunjuk. Ego tebal ni memang tak boleh bawak kemana. Menyusahkan diri sendiri. Merugikan masa.

Aku belajar. Merendahkan hati. Terima salah sendiri. Muhasabah diri. Bila bercakap dengan orang lepas tu nampak tak sehaluan, aku berdikit-dikit menarik diri. Bukan lari. Orang kata api jangan dilawan api. Ego aku masih ada. Kalau benda aku tak salah orang nak hentam jugak, kejadah kan? Tapi aku belajar, biarlah siapa yang salah pun. Jadilah yang pertama dan terdahulu untuk meminta maaf. Ikhlaskan diri untuk rendahkan hati. Daripada bermasam muka entah apa-apa.

Takpe hati menangis sekejap je. Tuhan ada untuk aku mengadu. Tuhan tu penawar instant untuk hati dan jiwa aku. Sebab 24/7 dia ada bersama-sama. Dia ada. Allah ada. Itu aku yakin. Dulu aku renggang dengan Tuhan. Aku sunyi sorang-sorang. Bila marah, aku luah membuta tuli.

Sekarang sel-sel otak dah berhubung. Akal dengan rohani kena bersambung. Syukur aku tak hanyut lama sampai tua. Jadi bila ada isu, terasa ada ruang-ruang untuk keadaan menjadi dingin antara aku dengan sesiapa pun, aku cuba kuat-kuat untuk mengalah. Dan meminta maaf.

Kerana meminta maaf bukan tanda aku kalah, salah. Minta maaf tanda aku sayang. Aku taknak aku dengan si polan si polan bermasam muka kerana benda remeh temeh hal dunia. Tuhan pun tak suka.

Maafkan aku andai ada yang terguris dihatimu. Kadang ku sedar. Kadang tidak. Kadang ku mohon maaf. Kadang tidak. Maafkan aku. Diri aku ni pada hakikatnya penuh kasih sayang. Susah nak jumpa perasaan benci. Cuma kadang-kadang tak tertunjuk. Maafkan aku. I'll improve.

0 comments:

Post a Comment