Kepergian dan Hilang

Minggu lepas, pada tarikhnya 12 Februari 2015. Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan kembali ke sisi Yang Maha Esa.

Sekali pun tak pernah aku jumpa dia secara dekat. Semuanya cuma melalui media baik dari media cetak ataupun elektronik.


Aku pernah ingat. Dari kecil sejak aku tahu untuk faham pengisian sesebuah informasi melalui kaca TV, aku tak ingat ada atau tak daripadanya adalah perkara yang baik-baik tentang dia. Sampaikan bila besar pandangan aku sedikit negatif tentang peribadi dia. Dan juga Kelantan.

Tapi mujur bukan selama-lamanya. Bila tiba masa aku dapat hadam definisi 'Propaganda', semua berubah sedikit demi sedikit. Aku mula abaikan tentang bangun duduknya dia sebgai seorang ahli politik dan terus memandang dia dalam perspektif sebagai seorang ulama'. Mujur aku sempat. Mujur.

Sejak aku berani tepis propaganda media, semua kembali neutral. Aku tak lagi rasa 'lain macam' bila dengar pasal Kelantan. Berkawan dengan orang Kelantan. Aku pulak yang teruja semacam untuk berdialek Kelantan. Kecek molep terr...

Kemuncaknya bila aku menghadiri walimah rakan sekuliah di Kota Bharu masa 2013, aku terus jatuh cinta dengan Kelantan. Aku dapat rasakan aura Terengganu (kampung aku), tapi tetap ada yang unik tentang Kelantan. Paling ketara bila setiap papan iklan kat bandar KB bertulisan jawi. Aku ralit baca setiap iklan. Aku seronok. Dan bila ada jemputan walimah di Kelantan buat kali kedua, aku tak dapat sorok teruja aku. Sekali lagi dapat rasa suasana negeri Kelantan yang aku sendiri tak berapa reti nak ceritakan.

Itu secara peribadi, antara pengaruh almarhum Tuan Guru dalam hidup aku. Iaitu perubahan perspektif. Penting tu.

Moga almarhum ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah dan dikurniakan ganjaran sebaiknya.

Al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment