Indah Mimpi Dalam Lena

Kalau tanya aku, antara aktiviti yang aku paling suka dalam kehidupan seharian adalah sebelum tidur.

Sebab itu adalah masa untuk berimaginasi.

Dalam resah yang sekalut manapun, bila mampu aku ber'angan tentang bayangan yang tak bertanahkan realiti, aku masih mampu tersenyum.

Aku bentukkan kronologinya. Aku karang dialog ucapannya. Aku pilihkan wataknya. Semua yang bahagia-bahagia saja. Tapi bila tiba masa mata terpejam tidur, mimpi mengambil alih semua. Dan dari situ, takdir Tuhan yang mengemudi jalan cerita.

Mimpi yang boleh jadi yang suka, boleh jadi duka. Dan terkadang bila rindu selambak menerpa, wajah manusia itu hadir dalam mimpi seketika. Maka jadilah ia keindahan yang kedua selepas berangan sebelum tidur. Hehe.

Mimpi itu ada maksudnya. Tapi dalam pengetahuan aku, yang arif mentakwilkannya adalah Nabi Yusuf. Allah anugerahkan kelebihan mentakwil mimpi kepada Nabi Yusuf yang kemudiannya menjadi asbab terzahirnya makna mimpi seorang raja sebuah negara. Lalu menjadi penyelamat negaranya dari kekurangan sumber keperluan, lalu membebaskan Nabi Yusuf dari penjara.

Bukalah tafsir al-Quran dalam Surah Yusuf.

Silakan.

0 comments:

Post a Comment