Tips Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA



Bulan lepas aku ada dapat panggilan untuk temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA. Aku apply tak silap 2-3 hari sebelum tarikh tutup dia. Masa tu mohon semua secara online. Aku pun hampir lupa aku pernah isi. Bila dapat panggilan temuduga, aku bersyukur sangat-sangat. Plus, ni pengalaman pertama aku dapat interview lepas aku habiskan projek research bawah geran penyelidikan.


Kosong tanpa apa-apa info. Gelabah pun extra sebab tak ada pengalaman. Dalam keadaan macam ni aku hanya mampu berdoa moga Tuhan mudahkan segalanya. Ditambah dengan sedikit research pasal interview ni melalui pengalaman orang lain. Mostly dari blog-blog peribadi. Maka aku kongsikan juga kat sini andai kata ada yang jumpa dalam enjin carian. Moga bermanfaat, Insyallah.

Temuduga MARA kali ni dibuat secara besar-besaran, dipanggil sebagai MARA Assessment Center (MAC). Ada banyak subjek yang dibuka untuk permohonan dan untuk edisi aku ni (Januari 2015), salah satunya sempena pembukaan MRSM baru dekat Arau, Perlis. Tapi mungkin ada juga kekosongan untuk Institut Pendidikan MARA (IPMa); contohnya Iinstitut Kemahiran MARA, Kolej MARA, Kolej Polytech MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan yang lain yang diserap dari interview kali ni, wallahualam.

Bagi subjek yang aku minta, Matematik, temuduga dia dibuat pada 19 Januari 2015 di Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Jawi, Pulau Pinang. Ini memang tempat temuduga besar-besaran MARA untuk kawasan Semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak, dia orang semua dikumpulkan di Sarawak kalau tak silap. Di Kuching barangkali.

Pada pemerhatian aku, setakat ni kaedah MAC berbeza dari tahun ke tahun. Sebelum 2015, peringkat-peringkat dia orang berbeza. Yang tetap hanya ujian psikometrik dan temuduga berkumpulan. Ok ini pula untuk MAC sesi Januari 2015.


**********GO!***********



1) Fitness Test 

Aktivitinya adalah "Bleep Test". Larian ulang alik dalam jarak 20 meter, diberi tempoh waktu tertentu untuk habiskan satu larian. Makin lama makin singkat tempoh untuk berlari 20 meter. Kata pegawai, untuk markah penuh, sekurang-kurangnya kena sampai Level 5. Tapi dalam borang tak silap sampai Level 8. Makna kata kalau dah sampai Level 5, dah kira cemerlang. Fungsi ujian, untuk uji ketahanan jantung. Kalau nak lebih jelas, boleh search kat Youtube. Make sure bawa pakaian sukan lengkap untuk sesi ni.


2) Ujian Psikometrik

Ujian ni adalah ujian berkomputer. Tempoh maksima selama 1 jam. Soalan berkenaan kecenderungan untuk jadi seorang pendidik. Ada juga satu soalan calculation yang kena kira manual. Tak boleh guna kalkulator. Pada aku, guna kalkulator pun still makan masa sebab soalan dia tentang logical berbentuk kira-kira. Ada yang tak sampai setengah jam pun dah siap. As I said, it's psychometric. Not a quiz kind of questions, really. Total soalan, 77. Soalan dibuat oleh pihak berkaitan dari UPSI.


3) Micro-Teaching

Micro teaching, mock teaching. Dua-dua pun sama. Kita diberi tempoh masa untuk tunjukkan skills mengajar bagi subjek masing-masing. Untuk sesi aku, 10 minit. Yang ni mungkin aku boleh bagi tips lebih sikit. Dalam borang-borang yang pihak MARA bagi untuk diisi, ada terselit rubric atau skema pemarkahan untuk Micro-Teaching sekali. So, study apa kehendak dalam borang tu. Antaranya kejelasan penerangan, kreativiti, pertanyaan dan suara. Guna alat bantu mengajar (ABM) untuk lebih markah dan menarik. ABM boleh jadi apa-apa objek sekalipun yang sesuai. Paling tidak, flash cards atau kertas mahjung. Lepas tu, sediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi tempoh kelas yang sebenar, bukan untuk tempoh 10 minit tu.

You need to utilize the whole 10 minutes appropriately. Kalau sempat prepare awal, I suggest you to script your teaching. Nama pun ala-ala berlakon. Ini untuk yang tak ada pengalaman mengajar macam aku la. Yang lepasan UPSI dan yang pernah ada pengalaman mengajar yang formal, rasanya takde masalah. Buat skrip supaya ingat flow pengajaran dan boleh practice untuk timing sekali. Jangan jadi macam aku. Flow dah cantik, tapi takde skrip (means aku spontaneous je elaborate mengikut flow). Sekali nervous datang terus kucar-kacir. Aishh.. Nevermind. Haha...

And oh micro teaching ni banyak ruang disediakan. So panel ramai dalam banyak bilik. Pegawai bertugas akan setkan kat mana kosong untuk kita prepare masuk.


4) Group Interview

Ini interview berkumpulan seramai 5 orang. Macam micro teaching, bilik untuk interview pun ramai. Which also bermaksud ragam para penemuduga berbeza-beza. Jadi range soalan tu susah nak tau kecuali kalau korang pergi soal siasat orang yang dah ditemuduga. So, based on siasatan aku, memang besau range soalan. Tapi yang crucial adalah berkaitan MARA. Visi, misi, objektif, organisasi, IPMa, kementerian berkaitan MARA etc, antara soalan yang ditanya dalam kebanyakan bilik. Tapi bukan bilik interview aku (sedih wei!).

Dan soalan-soalan lain skopnya sangat luas dan menggetarkan jiwa. Antara lain ada juga panel yang tanya tentang solat jenazah, bacaan doa qunut. Dan ada yang tanya tentang dasar-dasar pendidikan. Mungkin isu-isu semasa termasuk isu pendidikan. So, it's quite hard to predict. Yang boleh prepare hanya tentang MARA dan perkara berkaitan kependidikan.

Untuk bilik aku, flownya; 

  • Perkenalkan diri aku 
  • Pendapat dan cadangan tentang inovasi dalam pengajaran
  • Kalau diberi pilihan aku nak mengajar Matematik dalam BM atau BI dan kenapa
  • Kenapa MARA perlu beri aku peluang bekerja dengan dia orang
  • Diberi pilihan 4 bentuk, pilih satu bentuk dan sebab kenapa
  • Macam mana nak handle pelajar yang suka langgar peraturan especially lelaki
Aku nak remindkan, kalau interviewer tanya dalam BM, jawab dalam BM. Begitu juga sebaliknya dengan BI.


************PERINGATAN************



Mungkin dalam borang tu macam dah ada urutan aktiviti, contoh Fitness Test dulu lepas tu Ujian Psikometrik dan sekian sekian. Tapi dalam keadaan sebenar, mungkin akan berubah-ubah mengikut guide pegawai dan juga pengurusan masa diri sendiri. Contoh aku haritu, lepas Bleep Test, aku expect utk persedian Ujian Psikometrik. Tapi memandangkan lab komputer penuh, pegawai minta aku buat interview dulu. Tapi tengah tunggu untuk interview, tiba-tiba pegawai minta Micro Teaching dulu pulak sebab ada bilik kosong. Jadi konklusinya, be ready for anything, any changes. Make sure well prepared. Aku taknak korang jadi macam aku, gelabahnya Masyallah. Sesah aje cara mana aku mampu hahaha.




************PENGINAPAN************


Untuk penginapan, ILKM Jawi sendiri ada sediakan bilik ala-ala hotel dengan harga RM120 sebilik untuk satu malam. Pada aku, tiptop untuk harga dan lokasi dalam kawasan ILKM sendiri. Kalau datang dengan family, 4/5 orang pun takde hal. Kalau datang sorang, better cari roommate. Kalau tak sempat cari, bagitau kat receptionist, openkan bilik korang untuk satu lagi kekosongan yang sama jantina. Mesti dia ambik punya untuk jimat kos. Pada aku antara advantage duduk sini adalah korang tak sesat, boleh mandi lepas fitness test untuk lebih kesegaran (kalau korang buat fitness test dulu), dan boleh checkout lambat sikit kalau terpaksa dengan harga RM10 untuk setiap jam selepas pukul 12 tengahari.


Last but not least, usaha untuk lakukan persiapan terbaik. Berdoa semoga Tuhan permudahkan segalanya dari pejalanan pergi sehingga perjalanan balik. Buat sehabis mampu, jangan fikir benda yang dah lepas. Ada 4 sesi untuk tempuh. Dan berserah kepada Allah. Tawakal pada keputusan-Nya. Rezeki Allah luas. Siapa yang dapat, pikul tanggungjawab dengan baik dan amanah.
Keputusan belum keluar lagi. Sebulan lagi kot. Miahahaha.


Dan sekadar untuk pengetahuan, permohonan online yang MARA terima untuk sesi aku kali ni adalah sebanyak 59,356. Tapi hanya 3,000 sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga. So if you're one of them, it's already an achievement and a very good exposure for you especially for a first timer like me. Dengar kata pegawai, mungkin dalam 260++ yang akan dipilih. Tapi kawan aku dengar 600++ orang pulak. Tak kisahla. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Tak ada rezeki pun alhamdulillah.
Aku jadi excited untuk pergi interview lain (since I'm unemployed) lepas dapat interview ni. Best jugak interview ni. Cuma takde company panggil interview lagi. Hahaha. Kena usaha lagi keras!


Good luck mates!

6 comments:

IMME Says:
May 11, 2016 at 2:33 PM

salam nak tanya topik masa micro-teaching tu kite sediakan atau dia aka provide

NeverNay Says:
May 17, 2016 at 1:25 PM

@IMME

Walaikumussalam.. Topik kita pilih sendiri. But I strongly suggest to pick the easiest one.. Bahagian introduction. Supaya kita lebih confident dgn content dan method kita. panel x nilai content sgt sbab itu mmg benda dah sedia ada. yg dia nilai, cara kita deliver samada understandable atau tak.. reliable atau tak..

Harap membantu :)

IMME Says:
May 19, 2016 at 11:53 AM

thankyou for the info . yang pasal rph kann.. kite buat full time teaching ke . buat lesson plan utk 10 minit.. kalo tak keberatan . boleh tk nak tgk cnth rph awak?

Unknown Says:
May 24, 2016 at 9:10 AM

salam..ada x group whatsapp utk geng2 MAC 2016

NeverNay Says:
May 27, 2016 at 2:44 AM

@IMME

Tak pasti sebenarnya buat mcm mana sepatutnya. Tapi saya haritu buat utk 10 minit je tak silap. Tak berapa ingat dah.. Awak try google contoh RPH.. ade banyak saya jumpa.. lpas tu edit ikut subjek. asalkan faham flow dan tujuan RPH pun dah ok. tak perlu detail sgt

NeverNay Says:
May 27, 2016 at 2:45 AM

@USTAZAH AZIE

Wallahualam. saya tak pasti yg tu. biasanya dekat email yg MARA bagi tu ade list nama calon2 (sebahagian). so dari situ dpt contact each other. utk 2016, maafkan saya.. saya tak tau.. hehe :)

Post a Comment