Tips Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA



Bulan lepas aku ada dapat panggilan untuk temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA. Aku apply tak silap 2-3 hari sebelum tarikh tutup dia. Masa tu mohon semua secara online. Aku pun hampir lupa aku pernah isi. Bila dapat panggilan temuduga, aku bersyukur sangat-sangat. Plus, ni pengalaman pertama aku dapat interview lepas aku habiskan projek research bawah geran penyelidikan.


Kosong tanpa apa-apa info. Gelabah pun extra sebab tak ada pengalaman. Dalam keadaan macam ni aku hanya mampu berdoa moga Tuhan mudahkan segalanya. Ditambah dengan sedikit research pasal interview ni melalui pengalaman orang lain. Mostly dari blog-blog peribadi. Maka aku kongsikan juga kat sini andai kata ada yang jumpa dalam enjin carian. Moga bermanfaat, Insyallah.

Temuduga MARA kali ni dibuat secara besar-besaran, dipanggil sebagai MARA Assessment Center (MAC). Ada banyak subjek yang dibuka untuk permohonan dan untuk edisi aku ni (Januari 2015), salah satunya sempena pembukaan MRSM baru dekat Arau, Perlis. Tapi mungkin ada juga kekosongan untuk Institut Pendidikan MARA (IPMa); contohnya Iinstitut Kemahiran MARA, Kolej MARA, Kolej Polytech MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan yang lain yang diserap dari interview kali ni, wallahualam.

Bagi subjek yang aku minta, Matematik, temuduga dia dibuat pada 19 Januari 2015 di Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Jawi, Pulau Pinang. Ini memang tempat temuduga besar-besaran MARA untuk kawasan Semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak, dia orang semua dikumpulkan di Sarawak kalau tak silap. Di Kuching barangkali.

Pada pemerhatian aku, setakat ni kaedah MAC berbeza dari tahun ke tahun. Sebelum 2015, peringkat-peringkat dia orang berbeza. Yang tetap hanya ujian psikometrik dan temuduga berkumpulan. Ok ini pula untuk MAC sesi Januari 2015.


**********GO!***********


Kita Jumpa. Tapi Berpisah

Aku pernah bercerita tentang kau yang straight forward marah aku bila aku tanya khabar gara-gara permintaan kau untuk rahsiakan sesuatu.

Aku fikir nekad sudah aku nak bertahan dengan keadaan macm tu. Kata orang, saat tu sabar aku macam ibarat dipijak-pijak dek syaitonirrajimmm. Gitu.

Serius.

Tapi kuasa Allah. Hati aku bukan milik aku sepenuhnya. Yang marah dah tentu reda dengan masa. Begitu juga aku. Settle dah perasaan geram aku disurutkan Tuhan. Baiknya Tuhan.

Yang terjadi lepas tu, cantik semua. Macam yang aku tak sangka sebelum ni. Banyak yang kau kongsikan. Banyak yang kita bincangkan. Ada yang kau luahkan. Yang mana bernada negatif, aku bantu tahankan, biar tak meledak.

Sayang aku kat kau bukan dengan mengiyakan segala yang kau nyatakan. Mana pada akalku tak elok, aku bagi tanda moga kau faham, perasaan marah itu jangan dilayankan.

Aku tak reti nak direct macam kau. Ilham nasihat aku banyak bermukadimah. Jadi wallahualam lah samada kau dapat tangkap ke tak. Aku cuma doa moga Tuhan bantu kau nampak apa yang aku cuba sampaikan.

Itu. Bukti aku nak jadi kawan yang sama-sama mengingatkan kawan untuk amar makruf nahi mungkar. Bukan bajet baik, sahabat. Tapi itu keperluan kita. Aku taknak berada di depan. Taknak juga tertinggal di belakang. Jadi aku cuba jadikan kita seiring. Sama-sama perbaiki diri masing-masing.

Dan kita pun berjumpa pada bila harinya walimatul urus sahabat kita. Gembira aku bukan kepalang. Rindu kat kau wei. Tapi takde lah aku nak tunjuk dengan penuh nyata. Janggal. Dalam kalangan housemate terakhir sebelum habis mastautin kat Melaka, kau yang terakhir untuk aku lengkapkan semua. Yang lain semua dah jumpa. Bertuah-kan aku? Room mate kau sendiri pun tak berkesempatan nak jumpa kau sampai sekarang. 

Habis kenduri, masih kita santai sembang di Whatsapp macam biasa. Pada masa tu aku rasa mungkin perjalanan ukhuwah kita makin baik. Syukur aku tak terkata.

Tapi tak lama...

Kau ke Tanah Suci menunaikan umrah. Aku teruja gembira dengar. Dan mengharapkan segala kebaikan menimpa kau sepanjang disana. Mengambil kesempatan semaksimum mungkin untuk beribadah di tempat istimewa. Kadang-kadang tertunggu juga kalau-kalau ada mesej dari sana.

Ada.

Tapi sedih aku wei. Bukan cerita tentang suasana kat sana. Bukan cerita tentang sihat dan baiknya keadaan kau dan keluarga kat sana. Tapi masih tentang seseorang yang pernah kau geramkan. Dan hampir-hampir kau tersasar dalam berbicara. Tapi kau cepat-cepat sedar. Dan kau istighfar. Tapi tangan aku lebih laju menaip kata nasihat. Supaya jagakan hati kau, fokus kat ibadah kau, 

Mungkin kau tersinggung. Mungkin mesej aku terlalu direct dan kedengaran diluar norma dan kebiasaan. Mungkin kau terasa diperli. Aku tak tau apa deskripsi kau. Yang pasti kau diam seribu bahasa. Tak satu mesej aku yang seterusnya pun yang kau balas.

Sampai kembalinya kau ke Malaysia. Musibah datang menduga. Banjir yang teruk di banyak negeri dan tempat termasuk di rumah kau yang tak pernah ada sejarah jadi mangsa. Risau aku nak dekat separuh nyawa. Seminggu aku cuba cari apa saja sumber yang boleh buat aku tau tentang kau dan mak ayah kau. Yang aku dapat sipi-sipi je. Last-last aku nekad tanya ahli keluarga kau. Dengan risiko kau akan bersangka dengan aku dari mana aku dapat contact family kau. Aku tak peduli dah. Risau aku dan kawan-kawan lain tak tertanggung. Alhamdulillah kau selamat. Tak lama lepas tu kau kembali dapat berkomunikasi.

Tapi bukan dengan aku. Sepanjang waktu tu cuma sehala. Dari aku dari aku dari aku dan tanpa respon dari kau.

Aku sedih wei. Tapi aku redha. Macam-macam dalam fikiran aku. Cari punca yang mungkin buat kau kembali marah kat aku. Tapi aku diamkan. Taknak speculate. Nanti aku sendiri kecewa. Semua aku serahkan kat Tuhan. Kalau ukhuwah kita jatuh bangunnya gaya macam ni, aku rasa dah sampai masa untuk aku angkat bendera putih. Bukan aku tak berjuang. Tapi aku kira kau yang bantutkan semua usaha aku untuk betulkan keadaan.

Last-last,

Kau pilih diam. Aku pun pilih diam. Sampai sekarang. Lama-lama aku rasa aku boleh dah terima hakikat. So no problem. Life goes on.

Jom cari kerja.

Hahaha